Friday, August 12, 2016

HADIAH UNTUK ANAK

"Jika akademik tanda aras kejayaan, Azrai mahu ke MRSM. Azrai mahu mengikuti jejak Ayah, Azrai mahu banggakan Ayah dan Mama. Akhirnya, impian ini menjadi kenyataan.

Harga: RM25

HADIAH BUAT SUAMI

"Pandanglah... rambut beruban, mata semakin kabur, kudrat berkurangan cucu-cucu berlarian, dan anak-anak beredar pergi. Hadiah Buat Suami mengingatkan khalayak betapa pusingan kehidupan berkeluarga kembali ketika usia awal perkahwinan. Hanya berdua. Lalu Roza melalui kisah-kisahnya bertanya, " Masih ada cinta tersisa? Bukankah kita mahu bahagia di dunia dan akhirat? Tidak mahukah bertemu kembali di Firdaus?"


Friday, January 8, 2016

NOVEL TERBAIK 2015 : AH FOOK


AH FOOK


Penulis: Jong Chian Lai

RM  50.00 / RM  55.00 (Sabah & Sarawak):  RM35 sahaja.
ISBN: 9789670869803 
Tahun terbit: 2015
Jumlah muka surat: 718
 

---> Novel Bahasa Melayu
===> Akaun Maybank: 562414501376




Novel Ah Fook menceritakan kehidupan seorang lelaki Cina yang dihimpit kemiskinan sejak tiga generasi di negara Tembok Besar. Yong Ah Fook, atau lebih dikenali sebagai Ah Fook yang kecewa dengan sistem komunisme China, Merantau ke kepulauan Borneo dengan meninggalkan isteri dan dua orang anaknya di kampung semata-mata untuk meraih kekayaan di bumi asing. Dia bekerja sebagai kuli di sebuah rumah agam milik seorang kapitan Cina sebaik-baik tiba di Sarawak.
Bagaimanapun, takdir membantutkan impiannya apabila Jepun meluaskan kuasa di Asia Tenggara tidak lama selepas dia berada di Sarawak. Ah Fook terpaksa berkahwin dengan seorang wanita tempatan berketurunan Cina- Melanau demi menyelamatkan wanita itu daripada kekejaman tentera Jepun. Ah Fook juga berbuat demikian untuk melupakan anak-anak dan isterinya di China yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki lain ekoran kesempitan hidup selepas ditanggalkan Ah Fook.